Monday, April 20, 2009

SALAM PERKENALAN







Salam untuk semua. Kumpulan ini sebenarnya dah bermula sejak tahun 1995 lagi. Dah lebih 10 tahun kami semua terlibat dalam bidang motivasi pelajar sekolah ni. Bermula selepas berkursus di Asia Hotel (sekarang City Villa), kami semua bersemangat nak meneruskan sumbangan dalam bidang ni.



Kalau nak dikira pengalaman, banyak jugalah yang kami lalui bersama. Antara kami 5 orang ni dah kenal sangat hati budi masing-masing. Setiap seorang mempunyai karektor yang berbeza. Namun kami saling melengkapi antara satu sama lain.



Khidmat kami ni lebih kepada sumbangan terhadap sekolah. Kami memahami masalah sekolah yang sukar nak mendapatkan tajaan, mencari sumber kewangan bagi sesuatu program motivasi. Maka dengan niat ingin membantu, kami perturunkan segala ilmu yang ada kepada pihak sekolah yang sudi mengambil kumpulan kami bagi menjayakan aktiviti mereka.



Tentang bayaran, kami tak berkira sangat. Janji lepas duit minyak kereta pun cukuplah. Yang penting bagi kami keseronokan bekerja dalam satu kumpulan. Iyalah, kami jarang sekali berjumpa, apatah lagi nak bersembang di kedai kopi atau warung mamak. Jadi kesempatan undangan motivasi ni kami gunakan untuk berjumpa dan melepak bersama.



Sehingga kini rasanya dah berpuluh-puluh buah sekolah yang telah kami jayakan program mereka. Alhamdulillah, sijil penghargaan tu kalau nak dikumpulkan tak muat satu folder. Tapi apalah sangat jika nak dibandingkan dengan sumbangan kami yang sedikit ini.....

1 comment:

  1. nak celah sket...baju batik biru tu kan, sama sebijik dengan baju kumpulan nasyid perempuan sekolah beta. boleh la diorg join. tapi kena pakai tudung labuh la...

    ReplyDelete