Tuesday, May 11, 2010

Aktiviti Air

Ustaz Yazid menunjukkan cara-cara bergayut yang betul

Marah nampaknya Tuan Razak kita tu....

Para peserta menunggu giliran untuk merentas tasik

Sesi ceramah oleh Tuan Razak


Pada 7 dan 8 Mei yang lalu, Team Aura Positif telah diundang untuk menjayakan kem motivasi bagi SK Bukit Cherakah, Klang. Seramai hampir 100 orang menyertai kem kali ini yang melibatkan murid-murid tahun 4 hingga tahun 6.

Kem kali ini bertempat di Kem Banyu Manis, Kg Bukit Kerayong, Kapar. Sehubungan dengan itu Ustaz Yazid, En. Razak dan En. Idrus turun untuk memenuhi undangan sekolah terbabit. Manakala pada tarikh yang sama, En. Bob turun ke SK Pandamaran, bergabung dengan Team Ikon bagi memenuhi undangan di sana.

Istimewanya kem di Banyu Manis kali ini melibatkan aktiviti air. Apa lagi, Ustaz Yazid menunjukkan skill lama beliau dengan berkubang bersama-sama pelajar yang terpaksa meranduk air bagi menyelesaikan aktiviti kembara mereka. Selain aktiviti kembara, turut diadakan aktiviti ceramah dan aktiviti night walk.

Monday, May 3, 2010

Undangan Tidak Henti-henti...


Kem Kepimpinan SK Bukit Kapar, Klang (28 Mac 2010)



Kem Motivasi Pusat Zakat Selangor, Chalet Barat Laut, Kuala Selangor
(26-27 mac 2010)



Kegawatan ekonomi seakan-akan tidak dirasai kerana pada tahun ini kumpulan kami tidak putus-putus menerima undangan untuk menjayakan program motivasi di serata tempat.

Ada kalanya dalam tarikh yang sama, kumpulan kami terpaksa berpecah dua untuk menjayakan program yang dipinta. Bukan kerana tamak, tetapi kami faham faktor pihak penganjur yang pastinya berdepan dengan pelbagai kesukaran sekiranya kami meminta tarikh kem untuk dianjak.

Oleh kerana faktor kesibukan, maka entry untuk blog ini tidak sempat saya kemas kini untuk tatapan anda semua. Sehubungan dengan itu, saya paparkan serba sedikit gambar kem yang telah kami jayakan.
Sebenarnya banyak lagi undangan yang tak sempat dinyatakan di sini. Antaranya Program Belia 4B Pulau Indah, Klang; Kem Kepimpinan SK Sungai Kapar Indah, Klang serta beberapa tempat lagi yang tidak sempat dinyatakan.

KAMI TERUS MENGORAK LANGKAH

Tuan Yazid membuka gelanggang

Peserta SUKMA tekun mendengar ceramah motivasi

Tuan Bob juga tidak kurang hebatnya.


Bertempat di Genting View Resort, Pahang, Team Aura Positif telah diundang pula untuk menjalankan satu misi besar bagi meningkatkan semangat atlet-atlet SUKMA Selangor yang bakal bertanding di Melaka pada bulan Jun nanti.

Merasakan ini misi besar yang perlu digalas, kumpulan kami telah menurunkan kesemua 'otai' untuk menjayakan kem kali ini. Tuan Bob, Razak, Yazid dan Idrus telah sanggup mengharungi perjalanan yang jauh bagi memastikan pihak penganjur tidak kecewa dengan khidmat yang kami curahkan.

Selama 4 hari kami berkampung di tempat ini dengan menghadapi 4 kumpulan peserta yang berbeza setiap hari. Kem Misi Juara anjuran Majlis Sukan Selangor ini dimulakan pada 16 April dan berakhir pada 19 April yang lalu.
Maka terbuka sudah satu lembaran baru bagi kumpulan kami. Menjayakan misi SUKMA bagi merampas kembali gelaran juara yang telah terlepas ke tangan Terengganu pada edisi SUKMA dua tahun lalu.

SELANGOR.... JUARA!!!!!