Monday, March 1, 2010

Bangunlah Anak-anak Bangsa...




Bergegas dari SK Bukit Belimbing, kami menuju ke Kem Rimba Tamu, Ulu Kali bagi menjayakan program kesedaran untuk pelajar-pelajar bermasalah (lelaki) dari sekolah sekitar Klang. Program ini bermula pada 13 Februari dan berakhir pada 15 Februari yang lalu.

Program yang menekankan aspek kerohanian, mental dan fizikal ini hasil undangan Kumpulan Ikon Cemerlang yang memilih Team Aura Positif menjadi jurulatih bagi program kali ini. Ibarat kecil tapak tangan, nyiru kami tadahkan.

Namun, sedikit pilu di hati kami bila melihat anak-anak muda yang elok paras rupa ini telah mula berjinak-jinak dengan perkara-perkara yang tidak sihat. Malah ada yang berani mencabar undang-undang dan sengaja mengambil risiko.

Bangunlah anak-anak bangsaku kerana kami tidak rela anak cucu kami dipimpin oleh generasi yang lesu ini.....

Program untuk pelajar perempuan pula akan menyusul Mac nanti.

Syukur....





Syukur kerana Team Aura Positif masih diberi kepercayaan untuk mencurahkan pengalaman dan khidmat bakti dalam menjayakan program 2 hari 1 malam untuk murid-murid Sekolah Kebangsaan Bukit Belimbing pada 12 hingga 13 Februari yang lalu.
Syukur juga kerana pihak sekolah mengambil inisiatif awal bagi menggerakkan minda anak-anak murid mereka untuk meneruskan kehidupan dengan pengalaman-pengalaman yang baru.
Ustaz Yazid, Cikgu Bob dibantu oleh Ustaz Nizam serta penulis saling berganti bagi mencurahkan ilmu dan idea untuk santapan anak-anak murid ini.

Selesai program di sini kami semua perlu bergegas untuk ke Batang Kali kerana program di sana telah sedia menanti....

PROGRAM SEHARI




Bermulalah episod baharu dalam kalendar Team Aura Positif. Dengan menjangkakan ekonomi Malaysia dan global yang semakin meleset, kami tidaklah menjangkakan begitu banyak tempahan dalam tahun ini.
Namun Ustaz Yazid memulakan langkah kanan dengan memenuhi undangan Sekolah Kebangsaan Jaya Setia untuk program kepimpinan selama sehari. Program ini telah diadakan pada 24 Januari 2010 yang lalu.
Maka bermulalah bakti kami untuk generasi akan datang......