Tuesday, August 25, 2009

Tingkatkan Usaha




Rasa bangga dan seronok juga melihat ahli team aura positif terpilih untuk berceramah di peringkat daerah. Perkara ni berlaku sewaktu program anjuran PPD dengan kerjasama MAPAN (Majlis Pemangkin Aspirasi Nasional) sebelum puasa baru-baru ni. Program selama satu hari ni adalah program salah seorang team aura yang berkhidmat sebagai Penyelia Disiplin dan Dadah PPD Kuala Selangor, En. Abd Razak Zainal Abidin.


Atas kepercayaan yang diberi, Saudara Mustafa (Bob) dan Saudara Mohd Yazid telah mencurahkan pengalaman mereka untuk disampaikan kepada murid-murid terpilih dari seluruh sekolah dalam daerah Kuala Selangor.


Syabas dan Tahniah.....

Anak Asli Juga Menjana Kecemerlangan
















Sebenarnya banyak juga undangan untuk team aura positif ni mengadakan program motivasi.





Kebanyakannnya tak sempat aku nak paparkan di sini kerana kesuntukan masa. (Kekadang terlupa beb.... hehe).





Cuma apa yang nak aku paparkan di sini ialah undangan unik yang kami terima. Sebenarnya ini bukan kali pertama kami buat program untuk sekolah ni. Rasanya tahun ni dah tahun ketiga kami menaburkan khidmat pada sekolah ni. Sekolah yang dimaksudkan ialah SK Tun Abd Razak, Kuala Kubu Baharu. Sekolah ni, sekolah asli cuma tak ada (A) pada hujung nama sekolah tu.





Apa yang membanggakan pada tahun 2008, sekolah ni mencapai 100% kelulusan untuk Bahasa Malaysia dan Sains. Maka dengan cabaran yang sebegitu besar, kami team aura positif pun cuba menyumbangkan apa yang termampu.





Terima kasih pada seluruh warga sekolah SK Tun Abd Razak yang masih mempercayai khidmat kami...

Wednesday, April 22, 2009

TERIMA KASIH DAUN KELADI....











Bertempat di SK Jalan Raja Musa, Kuala Selangor, telah diadakan kursus kepimpinan pelajar bagi pengawas sekolah, pengawas pusat siber, pengawas perpustakaan dan ketua serta penolong ketua kelas.
Seperti tahun-tahun sebelumnya, sekali lagi team aura positif dijemput sebagai fasilitator undangan. Undangan pihak penganjur kami terima dengan besar hati.
Undangan kali ini genap seminggu selepas kami dijemput ke SK Jeram Kuala Selangor. Syukur, team kami masih diberi kepercayaan dan penghormatan dalam mengendalikan program seperti ini. Bagi pihak sekolah yang masih menaruh keyakinan terhadap kami, terima kasih daun keladi kami ucapkan.....




Monday, April 20, 2009

MARI KITA BERKENALAN
















Berbaju batik hitam tu namanya Idrus bin Hassan. Mengajar di SJKT Ladang Coalfields Sungai Buloh. Dah 16 tahun dia mengajar di situ. Entah apa yang dia seronok sangat kat sekolah tu pun, tak tahulah... Pakar dalam riadah kaunseling dan kembara.
Yang memakai blazer hitam dan bertali leher tu pula namanya Mazlan bin Mohd. Mohsin. Mengajar di SK Jalan Raja Musa, Kuala Selangor. Guru Pakar Matematik. Sekarang sedang mengikuti PGSR pada masa cuti sekolah. Hebat dalan bidang ICT dan pakar dalam bahagian pengurusan masa serta seorang juru kawad yang hebat.
Yang memakai kot dan berkemeja T oren itu pula bernama Abd Razak bin Zainal Abidin. Sekarang ni beliau bertugas di Pejabat Pendidikan Daerah Kuala Selangor sebagai Penyelia Dadah dan Disiplin. Mempunyai perwatakan yang tegas sesuai dengan tugas yang disandang. Pakar dalam bidang imbas kembali (recall).
Yang sedang menikmati makanan itu pula bernama Mustafa bin Md. Sharif. Terkenal dengan panggilan Cikgu Bob dalam kalangan kawan-kawan. Bertugas di SK Batu 9 Jalan Bomba, Tg Karang. Sedang mengikuti PGSR pada masa cuti sekolah. Pakar dalam ice breaking.
Yang sedang berucap tu pula bernama Mohd Yazid bin Mohd Kamin. Terkenal dengan kelebihan dalam bidang agama serta bergelar ustaz. Bertugas di SK Bukit Kerayong, Kapar. Pakar dalam bidang kerohanian.

SALAM PERKENALAN







Salam untuk semua. Kumpulan ini sebenarnya dah bermula sejak tahun 1995 lagi. Dah lebih 10 tahun kami semua terlibat dalam bidang motivasi pelajar sekolah ni. Bermula selepas berkursus di Asia Hotel (sekarang City Villa), kami semua bersemangat nak meneruskan sumbangan dalam bidang ni.



Kalau nak dikira pengalaman, banyak jugalah yang kami lalui bersama. Antara kami 5 orang ni dah kenal sangat hati budi masing-masing. Setiap seorang mempunyai karektor yang berbeza. Namun kami saling melengkapi antara satu sama lain.



Khidmat kami ni lebih kepada sumbangan terhadap sekolah. Kami memahami masalah sekolah yang sukar nak mendapatkan tajaan, mencari sumber kewangan bagi sesuatu program motivasi. Maka dengan niat ingin membantu, kami perturunkan segala ilmu yang ada kepada pihak sekolah yang sudi mengambil kumpulan kami bagi menjayakan aktiviti mereka.



Tentang bayaran, kami tak berkira sangat. Janji lepas duit minyak kereta pun cukuplah. Yang penting bagi kami keseronokan bekerja dalam satu kumpulan. Iyalah, kami jarang sekali berjumpa, apatah lagi nak bersembang di kedai kopi atau warung mamak. Jadi kesempatan undangan motivasi ni kami gunakan untuk berjumpa dan melepak bersama.



Sehingga kini rasanya dah berpuluh-puluh buah sekolah yang telah kami jayakan program mereka. Alhamdulillah, sijil penghargaan tu kalau nak dikumpulkan tak muat satu folder. Tapi apalah sangat jika nak dibandingkan dengan sumbangan kami yang sedikit ini.....