Wednesday, April 22, 2009

TERIMA KASIH DAUN KELADI....











Bertempat di SK Jalan Raja Musa, Kuala Selangor, telah diadakan kursus kepimpinan pelajar bagi pengawas sekolah, pengawas pusat siber, pengawas perpustakaan dan ketua serta penolong ketua kelas.
Seperti tahun-tahun sebelumnya, sekali lagi team aura positif dijemput sebagai fasilitator undangan. Undangan pihak penganjur kami terima dengan besar hati.
Undangan kali ini genap seminggu selepas kami dijemput ke SK Jeram Kuala Selangor. Syukur, team kami masih diberi kepercayaan dan penghormatan dalam mengendalikan program seperti ini. Bagi pihak sekolah yang masih menaruh keyakinan terhadap kami, terima kasih daun keladi kami ucapkan.....




Monday, April 20, 2009

MARI KITA BERKENALAN
















Berbaju batik hitam tu namanya Idrus bin Hassan. Mengajar di SJKT Ladang Coalfields Sungai Buloh. Dah 16 tahun dia mengajar di situ. Entah apa yang dia seronok sangat kat sekolah tu pun, tak tahulah... Pakar dalam riadah kaunseling dan kembara.
Yang memakai blazer hitam dan bertali leher tu pula namanya Mazlan bin Mohd. Mohsin. Mengajar di SK Jalan Raja Musa, Kuala Selangor. Guru Pakar Matematik. Sekarang sedang mengikuti PGSR pada masa cuti sekolah. Hebat dalan bidang ICT dan pakar dalam bahagian pengurusan masa serta seorang juru kawad yang hebat.
Yang memakai kot dan berkemeja T oren itu pula bernama Abd Razak bin Zainal Abidin. Sekarang ni beliau bertugas di Pejabat Pendidikan Daerah Kuala Selangor sebagai Penyelia Dadah dan Disiplin. Mempunyai perwatakan yang tegas sesuai dengan tugas yang disandang. Pakar dalam bidang imbas kembali (recall).
Yang sedang menikmati makanan itu pula bernama Mustafa bin Md. Sharif. Terkenal dengan panggilan Cikgu Bob dalam kalangan kawan-kawan. Bertugas di SK Batu 9 Jalan Bomba, Tg Karang. Sedang mengikuti PGSR pada masa cuti sekolah. Pakar dalam ice breaking.
Yang sedang berucap tu pula bernama Mohd Yazid bin Mohd Kamin. Terkenal dengan kelebihan dalam bidang agama serta bergelar ustaz. Bertugas di SK Bukit Kerayong, Kapar. Pakar dalam bidang kerohanian.

SALAM PERKENALAN







Salam untuk semua. Kumpulan ini sebenarnya dah bermula sejak tahun 1995 lagi. Dah lebih 10 tahun kami semua terlibat dalam bidang motivasi pelajar sekolah ni. Bermula selepas berkursus di Asia Hotel (sekarang City Villa), kami semua bersemangat nak meneruskan sumbangan dalam bidang ni.



Kalau nak dikira pengalaman, banyak jugalah yang kami lalui bersama. Antara kami 5 orang ni dah kenal sangat hati budi masing-masing. Setiap seorang mempunyai karektor yang berbeza. Namun kami saling melengkapi antara satu sama lain.



Khidmat kami ni lebih kepada sumbangan terhadap sekolah. Kami memahami masalah sekolah yang sukar nak mendapatkan tajaan, mencari sumber kewangan bagi sesuatu program motivasi. Maka dengan niat ingin membantu, kami perturunkan segala ilmu yang ada kepada pihak sekolah yang sudi mengambil kumpulan kami bagi menjayakan aktiviti mereka.



Tentang bayaran, kami tak berkira sangat. Janji lepas duit minyak kereta pun cukuplah. Yang penting bagi kami keseronokan bekerja dalam satu kumpulan. Iyalah, kami jarang sekali berjumpa, apatah lagi nak bersembang di kedai kopi atau warung mamak. Jadi kesempatan undangan motivasi ni kami gunakan untuk berjumpa dan melepak bersama.



Sehingga kini rasanya dah berpuluh-puluh buah sekolah yang telah kami jayakan program mereka. Alhamdulillah, sijil penghargaan tu kalau nak dikumpulkan tak muat satu folder. Tapi apalah sangat jika nak dibandingkan dengan sumbangan kami yang sedikit ini.....