Monday, March 1, 2010

Bangunlah Anak-anak Bangsa...




Bergegas dari SK Bukit Belimbing, kami menuju ke Kem Rimba Tamu, Ulu Kali bagi menjayakan program kesedaran untuk pelajar-pelajar bermasalah (lelaki) dari sekolah sekitar Klang. Program ini bermula pada 13 Februari dan berakhir pada 15 Februari yang lalu.

Program yang menekankan aspek kerohanian, mental dan fizikal ini hasil undangan Kumpulan Ikon Cemerlang yang memilih Team Aura Positif menjadi jurulatih bagi program kali ini. Ibarat kecil tapak tangan, nyiru kami tadahkan.

Namun, sedikit pilu di hati kami bila melihat anak-anak muda yang elok paras rupa ini telah mula berjinak-jinak dengan perkara-perkara yang tidak sihat. Malah ada yang berani mencabar undang-undang dan sengaja mengambil risiko.

Bangunlah anak-anak bangsaku kerana kami tidak rela anak cucu kami dipimpin oleh generasi yang lesu ini.....

Program untuk pelajar perempuan pula akan menyusul Mac nanti.

Syukur....





Syukur kerana Team Aura Positif masih diberi kepercayaan untuk mencurahkan pengalaman dan khidmat bakti dalam menjayakan program 2 hari 1 malam untuk murid-murid Sekolah Kebangsaan Bukit Belimbing pada 12 hingga 13 Februari yang lalu.
Syukur juga kerana pihak sekolah mengambil inisiatif awal bagi menggerakkan minda anak-anak murid mereka untuk meneruskan kehidupan dengan pengalaman-pengalaman yang baru.
Ustaz Yazid, Cikgu Bob dibantu oleh Ustaz Nizam serta penulis saling berganti bagi mencurahkan ilmu dan idea untuk santapan anak-anak murid ini.

Selesai program di sini kami semua perlu bergegas untuk ke Batang Kali kerana program di sana telah sedia menanti....

PROGRAM SEHARI




Bermulalah episod baharu dalam kalendar Team Aura Positif. Dengan menjangkakan ekonomi Malaysia dan global yang semakin meleset, kami tidaklah menjangkakan begitu banyak tempahan dalam tahun ini.
Namun Ustaz Yazid memulakan langkah kanan dengan memenuhi undangan Sekolah Kebangsaan Jaya Setia untuk program kepimpinan selama sehari. Program ini telah diadakan pada 24 Januari 2010 yang lalu.
Maka bermulalah bakti kami untuk generasi akan datang......


Tuesday, January 12, 2010

SALAM TAHUN 2010







Alhamdulillah... Team Aura Positif nampaknya memulakan langkah kanan sebaik sahaja memasuki tahun 2010. Mudah-mudahan dengan cara kami membantu anak-anak orang lain, suatu hari nanti ada insan-insan lain yang sudi membantu anak-anak kami.

Baru-baru ini pihak team aura positif telah dipancing oleh pengurusan ikon cemerlang, Klang untuk menjalinkan kerjasama dengan beberapa buah NGO bagi mengadakan siri motivasi untuk pelajar-pelajar berisiko. Cikgu Bob dan Ustaz Yazid telah terlibat secara langsung dalam perbincangan tersebut. Secara amnya persetujuan telah dicapai bagi menjayakan program pada penghujung Januari dan pertengahan Februari nanti. Manakala tempat yang dipilih pula adalah di Kem Rimba Tamu, Ulu Kali. Tempat yang nyaman dan berhampiran dengan sungai pastinya menjadikan kem kali ini lebih menarik.

Ustaz Yazid pula menambahkan ceria tahun baru bila menyatakan SK Bukit Kapar juga berminat menggunakan khidmat kami pada 23 dan 24 Januari nanti.

Apa-apapun tunggukan sahaja update yang selanjutnya.....

Tuesday, August 25, 2009

Tingkatkan Usaha




Rasa bangga dan seronok juga melihat ahli team aura positif terpilih untuk berceramah di peringkat daerah. Perkara ni berlaku sewaktu program anjuran PPD dengan kerjasama MAPAN (Majlis Pemangkin Aspirasi Nasional) sebelum puasa baru-baru ni. Program selama satu hari ni adalah program salah seorang team aura yang berkhidmat sebagai Penyelia Disiplin dan Dadah PPD Kuala Selangor, En. Abd Razak Zainal Abidin.


Atas kepercayaan yang diberi, Saudara Mustafa (Bob) dan Saudara Mohd Yazid telah mencurahkan pengalaman mereka untuk disampaikan kepada murid-murid terpilih dari seluruh sekolah dalam daerah Kuala Selangor.


Syabas dan Tahniah.....

Anak Asli Juga Menjana Kecemerlangan
















Sebenarnya banyak juga undangan untuk team aura positif ni mengadakan program motivasi.





Kebanyakannnya tak sempat aku nak paparkan di sini kerana kesuntukan masa. (Kekadang terlupa beb.... hehe).





Cuma apa yang nak aku paparkan di sini ialah undangan unik yang kami terima. Sebenarnya ini bukan kali pertama kami buat program untuk sekolah ni. Rasanya tahun ni dah tahun ketiga kami menaburkan khidmat pada sekolah ni. Sekolah yang dimaksudkan ialah SK Tun Abd Razak, Kuala Kubu Baharu. Sekolah ni, sekolah asli cuma tak ada (A) pada hujung nama sekolah tu.





Apa yang membanggakan pada tahun 2008, sekolah ni mencapai 100% kelulusan untuk Bahasa Malaysia dan Sains. Maka dengan cabaran yang sebegitu besar, kami team aura positif pun cuba menyumbangkan apa yang termampu.





Terima kasih pada seluruh warga sekolah SK Tun Abd Razak yang masih mempercayai khidmat kami...

Wednesday, April 22, 2009

TERIMA KASIH DAUN KELADI....











Bertempat di SK Jalan Raja Musa, Kuala Selangor, telah diadakan kursus kepimpinan pelajar bagi pengawas sekolah, pengawas pusat siber, pengawas perpustakaan dan ketua serta penolong ketua kelas.
Seperti tahun-tahun sebelumnya, sekali lagi team aura positif dijemput sebagai fasilitator undangan. Undangan pihak penganjur kami terima dengan besar hati.
Undangan kali ini genap seminggu selepas kami dijemput ke SK Jeram Kuala Selangor. Syukur, team kami masih diberi kepercayaan dan penghormatan dalam mengendalikan program seperti ini. Bagi pihak sekolah yang masih menaruh keyakinan terhadap kami, terima kasih daun keladi kami ucapkan.....